Happy birthday to me, happy birthday to me,
Happy birthday, happy birthday,
Happy birthday to me….
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Salmah Abdul Razak,
Allah selamatkan kamu..
Pejam celik pejam celik, akhirnya sampai juga ke tarikh 15 November 2010.
Tarikh dimana ulang tahun hari lahir ku.
Tahun ni umur aku sudah mencecah genap 19 tahun.
Sepanjang aku bernafas di bumi Allah ini, mak dan ayah yang sentiasa menjaga
aku dengan penuh kasih sayang dan mendidik aku untuk menjadi insan yang berguna.
Aku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar umur kedua ibu bapa ku
dipanjangkan agar aku dapat membalas jasa mereka berdua..
Insyaallah…
Sempena ulang tahunku yang ke 19,
aku berdoa agar aku menjadi anak yang solehah kepada mak dan ayah,
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,
berjaya dalam pelajaran agar cita-citaku tercapai kelak
dan berjaya di dunia dan juga di akhirat..Amin…
Isnin 15/11/2010 12.35pm
No comments:
Post a Comment