Search This Blog

Wednesday, November 17, 2010

Novel terkini…



Ni la novel terkini dalam koleksi aku.


Ini bermakna, novel yang ke 13 untuk melengkapkan lagi koleksi novel aku.


Novel ni aku beli kat MPH masa keluar dengan yaya dan bell.


Novel hasil tulisan Aisya Sofea setebal 535 halaman.


Aku beli novel ni hari isnin lepas dan aku habis baca pada hari rabu.


Aku mengambil masa yang singkat dalam 3 hari untuk menghabiskan pembacaan aku.


Aku memang minat membaca novel sejak dari zaman sekolah menengah.


Hobi membaca dan mengumpul novel bermula apabila aku mula terikut


kawan aku yang duduk bersebelahan dengan meja aku.


Kalau tak silap, masa tu aku di tingkatan satu.


Bila tengok novel yang amat tebal tu, memang aku malas nak baca.


Mana taknya, tebalnya jangan nak kata la. Nak dekat 600 halaman.


Masa tu jangan kata nak baca, nak suruh aku godek-godek novel tu pun aku malas.


Dia suruh aku cuba baca. Mana la tahu, kut-kut bercambah minat nak baca novel.


Aku pun try jugakla baca. Lagipun dah akhir tahun. Peperiksaan akhir tahun pun dah


lama habis. Aku bawak balik novel tu. Pulun la baca. Bila dah mula membaca,


aku mula rasakan yang baca novel ni best jugak.


Selain dapat mengisi masa lapang tak ada la aku membuang masa daripada buat


benda yang tak berfaedah. Sejak dari hari tu, kita orang sekelas mula


bertukar-tukar novel. Sudahnya, kengkawan kita orang pulak yang berjangkit


minat baca novel. Dari sini la bermulanya hobi aku.


Walaupun dah masuk alam universiti, memang aku susah untuk aku kikis minat


membaca novel ni. Aku baca novel ni masa time tak ada assignment yang nak dibuat.


Kalau memanjang je baca, hurm lingkup la jawabnya.


Baca, baca jugak jangan sampai abaikan pelajaran. Baca novel ni sebagai hobi.


Dapat jugak release tension. Kalau dah minat baca novel, maknanya kena pergi


kedai buku untuk beli novel. Masalah aku satu je. Aku ni memang pantang kalau dapat


masuk kedai buku. Bahagian pertama sekali yang aku tuju ialah novel. Hehehehe…


Tak kisah la kedai buku kat mana pun. MPH ke, Popular ke, Minerva ke dan mana-mana kedai buku la.


Masuk je kedai buku mesti nak beli novel. Aku akan dapatkan novel terbaru di pasaran.


Aku ni jenis yang tak memilih sangat pasal siapa yang menulis buku tu tapi kalau novel hasil


karya Anis Ayuni memang aku akan beli. Sebab gaya penulisan dia lain daripada penulis yang sedia ada.


Tu la keistimewaan karya Anis Ayuni. Siapa yang minat baca novel, dia tahu la macam mana hasil


karya Anis Ayuni. Memang rambang mata la kalau dah masuk kedai buku. Rasa macam nak borong


je semua novel yang ada kat dalam kedai tu. Hehehe..nafsu membeli tinggi sangat.


Tahan sikit nafsu tu. Tu dah kira membazir tau!!


Tapi kalau masa pameran buku kat PWTC, memang aku tak kan lepaskan peluang untuk pergi ke sana.


Novel semuanya murah-murah. Dapat diskaun pulak tu. Dapat jumpa penulis novel lagi.


Silap hari bulan memang aku angkut la semua novel yang ada kat situ. Ada sekali tu aku borong sampai


tiga buah novel. Hahahaha..gila novel punya pasal nak buat macam mana. Balik dari pameran tu, memang aku


mengadap la baca novel. Yang bestnya dalam sehari aku boleh habiskan baca novel yang tebalnya lebih kurang


500 halaman muka surat. Huhuhuhu…


Tiba-tiba terlintas sesuatu pulak kat kotak fikiran aku. Nak tahu tak apa dia?


Apa kata masa aku nak kahwin nanti, aku mintak kat bakal suami aku hantaran sebakul novel?


Hahahaha..sampai ke situ sekali aku fikir. Dalam bakul tu kena ada macam-macam jenis novel


dan tak ketinggalan hasil tulisan Anis Ayuni. Aku rasa ok kut. Bukannya mahal sangat kn?


Bukannya aku mintak hantaran sebijik kondominium ke atau sebuah kereta sport. Naya la kalau sampai


macam tu sekali permintaan. Kesian la siapa yang jadi bakal suami aku nanti.


Tak pasal-pasal je. Minat novel punya pasal sampaikan hantaran pun nak novel. Apa la aku ni!! Hehehehe…




Rabu 17/11/2010 2.50pm




Tuesday, November 16, 2010

Hadiah yang cute!!

Ni la hadiah yang aku pernah cerita.

Hadiah yang aku terima daripada yaya.

Cute sangat bear ni. Hehehe..

Warna pink pulak tu.


Sebelum ni, aku tidur peluk spongebob tapi


sekarang aku peluk bear ni pulak.


Hahaha..adik perempuan aku kata aku dah beralih arah.


Dia kata "owh,mentang-mentang dah dapat bear baru,


spongebob tu kak nyah tak nak peluk dah ke?"


Aku balas balik "biar la.bear baru ni.sayang la sebab comel sangat.


nanti bila balik hostel kak nyah bawak la spongebob tu balik sana.


kat sana baru la peluk balik." Hehehehe…


Mana tak comelnya. Tengok, badan bear ni bulat lepas tu kaki dengan tangan


dia je yang kontot. Bulat semacam je badan dia.


Tu yang comel tuh..


Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama aku dapat bear


daripada seorang teman hadiah untuk hari lahir aku.


Terima kasih banyak yaya!!


Kau memang kawan yang baik dan aku tak kan dapat kawan yang sebaik kau.


Kau seorang kawan yang memahami diri aku.


We share anything together.


Suka duka kita kongsi bersama.


Aku sayang kau kuat!!!


I love you strong..




Selasa 16/11/2010 6.15pm


Monday, November 15, 2010

Hang out with my beloved friends…

Hari ni seperti yang di janjikan, aku keluar bersama dengan

my best friend forever yaya dan nabilah (bell).

Hari ni kita orang pergi Midvalley. Hahaha..

Saja pergi kat situ lagipun kenderaan ada..

Senang sikit. Aku dengan nabilah gerak dulu sebab rumah dekat.


Sampai kt mid dalam pukul 2 petang.

Aku jumpa yaya kat MPH. huhuhu..rindu giler dengan yaya..

Dah lama tak jumpa dia sejak kita orang menamatkan

zaman persekolahan di SESERI.

Nak tahu tak, yaya bagi aku hadiah apa??

Dia bagi bear warna pink!!!

Huhuhuhu aku suka sangat hadiah tu..thanks to yaya!


Lepas tu, kita orang gerak pergi GSC. Masa untuk tengok wayang!!

Hmm, pening..tak tahu nak tengok cerita apa..

Kejap nak tengok Death To Place. Kejap nak tengok Unstoppable..

Aku ajak yaya tengok Megamind, dia kata mcam budak-budak pulak..

Aku dah agak dah jawapan dia.

Nak tengok cerita hantu, yaya pulak yang tak nak. Takut katanya..hehehe


Sudahnya tengok jugak cerita Megamind. Kita orang tengok yang 3D punya.

Tiket pukul 2 jadi kita orang terus masuk panggung.

Tahu tak? Aku seludup bawak masuk popcorn. Tak nak la beli kat pintu masuk tu.

Bukannya apa. Harganya mahal sangat. Dua kali ganda.

Mesti ada yang tertanya-tanya mana la aku dapat popcorn tu..

Aku bawak dari rumah. Ayah aku kan berniaga popcorn.

Hehehe dah dapat save duit untuk beli popcorn.


Lagipun aku memang nak bagi kt yaya dan bell.

Sejak zaman sekolah lagi, yaya suka sangat makan popcorn yang ayah aku masak.

Sebab tu la aku bawak.

Tak menyesal la kita orang tengok cerita Megamind

sebab cerita tu not bad la.

Best dan kelakar.


Lepas habis wayang, kita orang gerak pergi restoran Popeyes.

Saja la nak cuba makan kat situ sebab tak pernah pergi lagi.

Aku order chicken sandwich.

Macam burger. Memang sedap. Lagi sedap dari burger Mcd. Huhuhu

Borak-borak sambil makan. Macam-macam cerita yang keluar.

Ye la dah lama tak jumpa katakan.


Borak punya borak tak sedar pulak dah pukul 5.

Lama jugak la kita orang menapak kat restoran tu.

Aku rasa belum puas lagi berborak dengan yaya dan bell.

Tapi nak buat macam mana. Masa tak cukup.

Lepas makan, kita orang gerak pergi MPH balik.

Sebab aku nak beli novel.

Novel Aisya Sofea yang tajuk dia 'Masih Setia'.

Huhuhu dapat jugak aku beli novel ni walaupun tak ada orang yang bagi.

Ah, yang penting aku dapat novel terbaru tu.


Lepas berpisah dengan yaya,

aku dengan bell gerak balik rumah..

pergh, ramai giler orang kat ktm.

Almaklum la. Time-time gini kan orang balik dari kerja.

Tren pulak lambat. Asyik delay je.

Patutnya boleh sampai rumah sebelum pukul 7

tapi lepas maghrib baru sampai rumah.

Nasib baik mak dengan ayah tak marah.hehehe..

Walau macam mana pun, hari ni memang best sangat

sebab aku dapat keluar dengan yaya dan bell pada hari ulang tahun lahirku.


Isnin 15/11/2010 9.15pm












Happy Birthday!!!

Happy birthday to me, happy birthday to me,

Happy birthday, happy birthday,

Happy birthday to me….

Allah selamatkan kamu,

Allah selamatkan kamu,

Allah selamatkan Salmah Abdul Razak,

Allah selamatkan kamu..

Pejam celik pejam celik, akhirnya sampai juga ke tarikh 15 November 2010.

Tarikh dimana ulang tahun hari lahir ku.

Tahun ni umur aku sudah mencecah genap 19 tahun.

Sepanjang aku bernafas di bumi Allah ini, mak dan ayah yang sentiasa menjaga

aku dengan penuh kasih sayang dan mendidik aku untuk menjadi insan yang berguna.

Aku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar umur kedua ibu bapa ku

dipanjangkan agar aku dapat membalas jasa mereka berdua..

Insyaallah…

Sempena ulang tahunku yang ke 19,

aku berdoa agar aku menjadi anak yang solehah kepada mak dan ayah,

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,

berjaya dalam pelajaran agar cita-citaku tercapai kelak

dan berjaya di dunia dan juga di akhirat..Amin…


Isnin 15/11/2010 12.35pm

Sunday, November 14, 2010

Sehari sebelum..

Petang yang indah sehari sebelum menjelangnya ulang tahun hari lahirku.

Nothing to do just having a nice chatting with my friend

through facebook. Plan untuk esok keluar dengan yaya dan nabilah.

Hurm, pergi jalan-jalan dan tengok wayang.

Warh, kan seronok kalau dapat hadiah novel untuk hari jadi ni..

Aku nak sangat novel terbaru Aisya Sofea yang berjudul 'Masih Setia'.

Hopefully,esok kita orang have fun together!!

Ok sekarang boleh blah..babai.

Ahad 14/11/2010 5.25pm


Tuesday, October 5, 2010

Bila kita sayang orang tu..

Terima kasih kerana telah menemaniku walaupun hanya sesaat,
Tapi bagiku sangat bererti..
Maafkan jika kebahagiaan yang ku minta adalah teman sepanjang hidupku,
Seharusnya aku mengerti bahawa keberadaanku bukanlah di sisimu,
Hanyalah lamunan dalam sesal..
Untuk kekasih yang tak kan pernah kumiliki..
Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg org tu kata
Tapi bila dia kata kat kita?
Hati kata takpe, manusia tak sempurna
Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun takpe
Tapi bila dia tunggu kita?? dia marah-marah
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu
Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun tak pe layan dia yg tengah bosan,
Tapi bila kita bosan
Ada dia layan kita?
Hati kata tak pe, dia busy kot!
Bila kita sayang orang tu
Kita gaduh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh satu dunia
Hati kata tak pe, dia tension tu..
Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia gayut dengan orang lain
Bila jadi mcm tu
Hati kata tak pe, dia ada hal nak cakap dengan kawan dia
Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia, rasanya cerita dengan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita dengan kita
Kita dengar, semua kita ingat
Hati kata tak pe, sayang katakan..
Bila kita sayang orang tu
Kita dengan lapar
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, kesian dia..
Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia
Hati kata, bukan selalu pun..
Bila kita sayang orang tu
Kita jadi mcm orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar dengan kwn-kwn dia,
Hati kata, ala tak pe, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam..
Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata tak pe, dia memang mcm tu kena lah terima..
Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia buat selama-lamanya
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia kata kat kita, sakit biasa-biasa je, jgn nak mengada-ngada
Hati kata, mcm manalah dia bila kita tak ada, mesti dia gembira..kan?kan? ehmm...