Hari ni seperti yang di janjikan, aku keluar bersama dengan
my best friend forever yaya dan nabilah (bell).
Hari ni kita orang pergi Midvalley. Hahaha..
Saja pergi kat situ lagipun kenderaan ada..
Senang sikit. Aku dengan nabilah gerak dulu sebab rumah dekat.
Sampai kt mid dalam pukul 2 petang.
Aku jumpa yaya kat MPH. huhuhu..rindu giler dengan yaya..
Dah lama tak jumpa dia sejak kita orang menamatkan
zaman persekolahan di SESERI.
Nak tahu tak, yaya bagi aku hadiah apa??
Dia bagi bear warna pink!!!
Huhuhuhu aku suka sangat hadiah tu..thanks to yaya!
Lepas tu, kita orang gerak pergi GSC. Masa untuk tengok wayang!!
Hmm, pening..tak tahu nak tengok cerita apa..
Kejap nak tengok Death To Place. Kejap nak tengok Unstoppable..
Aku ajak yaya tengok Megamind, dia kata mcam budak-budak pulak..
Aku dah agak dah jawapan dia.
Nak tengok cerita hantu, yaya pulak yang tak nak. Takut katanya..hehehe
Sudahnya tengok jugak cerita Megamind. Kita orang tengok yang 3D punya.
Tiket pukul 2 jadi kita orang terus masuk panggung.
Tahu tak? Aku seludup bawak masuk popcorn. Tak nak la beli kat pintu masuk tu.
Bukannya apa. Harganya mahal sangat. Dua kali ganda.
Mesti ada yang tertanya-tanya mana la aku dapat popcorn tu..
Aku bawak dari rumah. Ayah aku kan berniaga popcorn.
Hehehe dah dapat save duit untuk beli popcorn.
Lagipun aku memang nak bagi kt yaya dan bell.
Sejak zaman sekolah lagi, yaya suka sangat makan popcorn yang ayah aku masak.
Sebab tu la aku bawak.
Tak menyesal la kita orang tengok cerita Megamind
sebab cerita tu not bad la.
Best dan kelakar.
Lepas habis wayang, kita orang gerak pergi restoran Popeyes.
Saja la nak cuba makan kat situ sebab tak pernah pergi lagi.
Aku order chicken sandwich.
Macam burger. Memang sedap. Lagi sedap dari burger Mcd. Huhuhu
Borak-borak sambil makan. Macam-macam cerita yang keluar.
Ye la dah lama tak jumpa katakan.
Borak punya borak tak sedar pulak dah pukul 5.
Lama jugak la kita orang menapak kat restoran tu.
Aku rasa belum puas lagi berborak dengan yaya dan bell.
Tapi nak buat macam mana. Masa tak cukup.
Lepas makan, kita orang gerak pergi MPH balik.
Sebab aku nak beli novel.
Novel Aisya Sofea yang tajuk dia 'Masih Setia'.
Huhuhu dapat jugak aku beli novel ni walaupun tak ada orang yang bagi.
Ah, yang penting aku dapat novel terbaru tu.
Lepas berpisah dengan yaya,
aku dengan bell gerak balik rumah..
pergh, ramai giler orang kat ktm.
Almaklum la. Time-time gini kan orang balik dari kerja.
Tren pulak lambat. Asyik delay je.
Patutnya boleh sampai rumah sebelum pukul 7
tapi lepas maghrib baru sampai rumah.
Nasib baik mak dengan ayah tak marah.hehehe..
Walau macam mana pun, hari ni memang best sangat
sebab aku dapat keluar dengan yaya dan bell pada hari ulang tahun lahirku.
Isnin 15/11/2010 9.15pm
No comments:
Post a Comment